Taksonomi Bloom adalah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. la berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, sikap dan psikomotor. Taksonomi ini menyatakan bahawa kita boleh mengajar bukan sahaja perkara-perkara yang berkaitan dengan menghafaz dan mengingat sahaja tetapi juga boleh mengajar objektif-objektif yang lebih kompleks daripada itu.
Dalam taksonomi tersebut, ada tiga bidang besar yang menjadi tujuan pendidikan yang sebenar:
(a)    bidang kognitif
(b)   bidang afektif
(c)    bidang psikomotor
Bidang kognitif ada kaitannya dengan aktiviti mental, bidang psikomotor bersangkut-paut dengan aktiviti fizikal dan bidang afektif adalah menitikberatkan kesikapan, emosi dan perasaan.
Ketiga-tiga bidang pendidikan ini terkandung dalam sukatan-sukatan pelajaran yang digunakan di sekolah-sekolah. Di institut pendidikan guru perguruan pula, penglibatan kepada ketiga-tiga bidang ini memang wajar, kerana objektif kursus latihan perguruan adalah juga tidak terkecuali daripada menitikberatkan bidang-bidang pengetahuan, kemahiran-kemahiran mengajar (psikomotor) dan proses pembentukan peribadi guru yang baik (afektif).
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pemeringkatan kemahiran-kemahiran telah didasarkan kepada model Taksonomi Bloom bertujuan agar guru-guru dapat mengelolakan pengajaran bahasa dengan baik dan di samping itu pula dapat memilih bahan-bahan pengajaran yang secocok dengan umur, minat dan kebolehan murid-murid mereka. Guru-guru akan lebih mudah mengkaji bahan-bahan rujukan, mengumpul dan mengkaji pelbagai jenis soalan serta membina pelbagai jenis soalan itu berdasarkan sesuatu bahan tertentu.
Prinsip-prinsip organisasi Taksonomi Bloom berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:
·         la   seharusnya  berdasarkan   sistem  klasifikasi  pendidikan  lojik  dan
psikologikal.
·                  la   harus   memberi   kepentingan   kepada   pertimbangan-pertimbangan
pendidikan.
·         la harus merupakan satu klasifikasi yang lojik dan tiap-tiap istilah hendaklah
didefmisikan setepat yang mungkin dan digunakan secara tekal.
·         la seharusnya sesuai dengan prinsip-prinsip dan teori-teori psikologi yang
berkaitan dan telah diterima.

0 comments:
Post a Comment