BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 19, 2010

Pencapaian Kesenian Tamadun China (Muzik)

Salah satu lagi aspek kesenian yang paling penting dalam Tamadun China ialah muzik. Konfusius menyatakan bahawa muzik adalah penting, walaupun tidak menyatakan prinsip-prinsipnya seperti asal-usulnya dan hubungannya dengan kehidupan manusia. 'Now music is the expression of joy. This is something which human feelings make unavoidable. For man cannot be without joy. And when there is joy, it must be expressed in sound and given embodiment through movement and repose.

Asal-usul muzik Cina boleh dikesan sejak Zaman Klasik lagi. Kira-kira 3000 tahun yang lalu, iaitu semasa orang Eropah cuba mencari ketenangan dalan hidup, di China telah bermulanya teori muzik dan peralatan canggih muzi Buku pertama mengenai teori muzik Cina muncul pada abad ke-4 S.M iaitu, Kuan Tzu atau Book of Master Kuan. Semasa kemunculan Dinasti Han Maharaja Han Wu Ti (140-87 S.M) telah menubuhkan Imperial Office of Music (Yueh Fu) yang bertindak untuk mengumpul dan mengedit lagu klasik dan lagu-lagu rakyat. la juga bertindak sebagai badan yang membuat lagu untuk tentera, mengadaptasi gaya muzik asing dari budaya yang berjiran dengannya dan mengumpul lagu-lagu tempatan.

Sementara itu dengan adanya hubungan perdagangan dengan Asia Tengak. muzik-muzik asing mula datang ke China seperti P'i-pa (Kecapi) dan Hu-c'hin (sejenis violin). Dengan adanya pengaruh dari kebudayaan asing maij. pengubah lagu dapat membaiki lagu mereka dan memajukan muzik Cina. Semasa pemerintahan Maharaja Hsuan Tsung (713-55) daripada Dinasti Tang, pihak istana menganjurkan Pear Garden Academy yang dapat menghasilkan ramai ahli muzik, dan ini telah membantu menegakkan asas bagi muzik Cina.

Pada zaman imperial terdapat dua jenis muzik iaitu muzik rakyat dan muzik golongan atasan. Muzik rakyat wujud dengan sendirinya apabila golongar petani inginkan hiburan secara beramai-ramai. Salah satu suasana yang n-wujudkan muzik rakyat ialah semasa menanam padi atau menuai padi. Senasa zaman Dinasti Tang, muzik rakyat dinaungi oleh pemerintah. Manakala muzik golongan atasan dicipta oleh golongan cerdik pandai dan kadangkala dianni dari muzik rakyat.

Di peringkat muzik atasan ini terdapatnya muzik istiadat atau ya-yuah. la merupakan muzik kepunyaan golongan elit. la banyak dipengaruhi oleh Konfusius, yang mana muzik menunjukkan dan menajamkan pendidikan moral dan pencapaian semangat dalam masyarakat. Muzik ini lenyap selepas tahun 1911.

Pada abad ke-20, muzik barat mula mendapat tempat dalam budaya Cina. Namun demikian muzik barat pernah diperkenalkan oleh kumpulan Jesuit pada lewat abad ke-16 tetapi tidak memberi kesan yang memberangsangkan. Manakala pada abad ke-19 hingga ke-20 dengan adanya hubungan yang lebih rapat dengan Barat, orang Cina mula menerima dan meminati muzik Barat.

Antara komposer Cina terkenal sekitar tahun 1920-an dan 1930-an ialah Hsien Hsing-lai. Manakala pihak komunis di Yunan telah menggunakan muzik sebagai lagu revolusi. Antara lagu yang popular ialah The Three Disciplines dan The Eight Points of Attention.

0 comments: