BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 17, 2010

Konsep Pengujian

Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang bersistem untuk memerhatikan perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan membuat huraian dengan ban-tuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Contohnya, skala bernombor seperti 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran. Semen-tara contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti atau rabun warna bagi ujian penglihatan.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku murid seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa:

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat pe-nilaian atau pengadilan.

(Raminah, 1991:2).

Hasil daripada jawapan yang diberikan oleh murid, satu ukuran yang disebut sebagai markat (skor) akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan kedu-dukan prestasi murid yang diuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti dengan pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui proses pengujian inilah seseorang guru dapat mengetahui sama ada murid-muridnya telah menguasai sejumlah kemahiran yang dipelajari.

0 comments: