BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 19, 2010

Pencapaian Kesenian Tamadun China (Lukisan)

Lukisan mengambil tempat yang agak istimewa dalam Tamadun China. Ini kerana ia sering mendapat naungan dari pihak istana. Golongan pemerintah dan kelas elit semasa Dinasti Tang dan Sung merupakan pendokong utama dalam bidang ini. Contohnya Maharaja Hui Tsung dari Dinasti Sung merupakan seorang yang mencintai kesenian dan lukisan. Beliau menaungi bidang lukisan dan memberi jaminan latihan kepada artis-artis lukisan. Namun demikian ke-muncak bidang ini terganggu sedikit apabila Dinasti Yuan memerintah China.

Corak lukisan Cina berbeza dengan lukisan Barat. Pada zaman awal interaksi antara orang Cina dengan Barat menyaksikan bagaimana orang Barat mem­buat kajian terhadap lukisan Cina dan sering mengkritik lukisan Cina. Seorang Padri Jesuit yang pernah sampai ke China pada abad ke-17 iaitu Matteo Ricci menyatakan seniman Cina tidak mempunyai pengetahuan dalam seni lukisan. Pendapat beliau dikongsi bersama oleh kebanyakan orang Barat yang pernah sampai ke China pada abad ke-17 hingga ke-19. Hanya segelintir orang Barat yang mengakui dan menghargai lukisan Cina

Perbezaan antara seni lukis Cina dan Barat adalah pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua pihak. Barat gagal memahami motif dan kaedah yang digunakan oleh pelukis Cina. Karya-karya Cina berkait rapat dengan falsafah. nilai-nilai dan citarasa masyarakat Cina. Dalam hal ini pengaruh fahaman Taoisme amat kuat mempengaruhi karya-karya Cina. Bagi masyarakat Cina lukisan dipandang tinggi. Lukisan bagi mereka tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan mereka. Lukisan umpama memberi ketenangan bagi mereka Kadang-kala orang Cina boleh leka melihat lukisan-lukisan yang bergantung di dinding rumah mereka. Ini kerana bagi mereka lukisan mempunyai erti. Berbeza dengan lukisan bangsa lain, lukisan orang Cina tidak mementingkan rupa tetapi lebih kepada maknanya. Oleh sebab itu, lukisan ini dilukis denga ringkas. Oleh hal yang demikian juga kebanyakan lukisan masyarakat Cina tida menggunakan banyak warna. Manakala alat yang digunakan agak muda seperti dakwat hitam dan alat melukis terdiri dari berus yang diperbuat dan buluh berbulu kambing. Lukisan-lukisan yang dihasilkan dilukis pada fa sutera atau kertas serap yang diperbuat daripada pulpa buluh. Namm demikian lukisan-lukisan Cina juga boleh didapati di dinding-dinding istam Keadaan ini banyak berlaku pada zaman klasik.

Oleh itu salah satu ciri lukisan Cina ialah hasil daripada perbuatan sponta Perbuatan spontan ini dibuktikan dengan gerakan berus yang digunakc Manakala dakwat hitam yang berair membolehkan tangan bergerak lebih beb dan pantas. Namun pada masa sekarang lukisan masyarakat Cina diwarnai dengan pelbagai warna. Setengah-setengah lukisan masyarakat Cina juga disediakan beberapa rangkap kata-kata nasihat bagi memudahkan pemm memahami maksud lukisan ini.

Rajah menunjukkan lukisan mengenai bangau dan burung


Tema-tema utama dalam lukisan Cina ialah pemandangan semula jadi, binatang seperti ikan, bunga dan manusia. Pelukis-pelukis Cina biasanya menghayati semangat subjek sebelum melukis. Mereka kadangkala bertafakur sebelum melukis. Kebiasaannya pelukis ini melukis satu subjek sahaja seperti ayam, ikan dan burung sahaja

Perkembangan lukisan Cina tidak terkecuali dari menerima pengaruh asing. Agama Buddha yang datang dari India banyak memberi pengaruh ke­pada lukisan Cina dalam bentuk lukisan. Era lukisan bercorak agama sebenar-nya telah muncul dengan pesatnya pada zaman Dinasti Tang. Antara yang gemar melukis unsur agama ini ialah Wu Tao Tzu (680-740). Sepanjang hidup Wu Tao Tzu, beliau telah menghasilkan sebanyak 300 buah karya berunsur agama. Dalam masa yang sama juga lukisan Cina juga memberi sumbangan kepada negara Jepun dan Korea.

0 comments: