BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 19, 2010

Pencapaian Kesenian Tamadun China (Kaligrafi)

Kaligrafi secara umumnya adalah satu tema yang bermaksud kumpulan patah perkataan yang menyampaikan pemikiran manusia dan dibentuk dalam pe­nulisan. Dengan kata lain, kaligrafi merupakan satu bentuk penulisan yang menyampaikan pemikiran dan dilafazkan dalam bentuk penulisan. Dalam ketamadunan sistem kaligrafi China ia dapat dibahagikan kepada lima bentuk penting iaitu:

1 Zhuan-shu atau skrip menterai atau chop mohor. la adalah bentuk yang diambil daripada bekas menterai dan ditransformasikan dalam bentuk penulisan.

2 Li-shu atau skrip perkeranian. Berbanding dengan bentuk yang pertama, Li-shu adalah dicipta untuk memudahkan pementeraian zhuan-shu yang dianggap lambat dan kurang efisien. la juga dikenali sebagai tulisan ringkas dan digunakan dengan meluas oleh para kerani dan pegawai.

3 Kai-shu atau skrip standard. Walaupun bentuk ini diambil daripada bentuk Li-shu, ia adalah lebih ringkas dan kurang memberi fleksibiliti bagi orang mendapatkan bentuk ini. Ia adalah lebih mudah dituruti berbanding dengan Li-shu.

Rajah menunjukkan kaligrafi China

4 Xing-shu atau skrip separa lengkung. Berbanding dengan Kai-shu, ia adalah lebih mudah dan dipakai dengan lebih meluas. Skrip ini juga dikenali dengan nama berlari bebas atau Xing-shu.

5 Cao-shu atau skrip lengkung. la juga terbentuk dari unsur-unsur Kai-shutetapi bentuk yang dibina adalah lebih mudah dan lebih efisien kerana para sarjana mendapati pengadaptasi bentuk ini adalah mirip kepada kelembutan membuat penulisan dengan berus berbanding dengan mana-mana bentuk penulisan yang terdahulunya.

Kaligrafi Cina berbeza dengan kaligrafi Barat. Ini kerana peralatan dan ma­terial untuk mencipta kaligrafi Cina tidak sama dengan kaligrafi lain. la ditulis bukannya menerusi meja biasa tetapi meja segi empat tepat atau Chang-Tiao-Cho. Peralatan lain yang diperlukan ialah berus, dakwat hitam, kertas mudah telap, dakwat dan batu dakwat.

0 comments: