Salah satu pencapaian yang membantu kegemilangan Tamadun China ialah ketinggian bidang keseniannya. Ini kerana sejak Zaman Klasik China sehingga sekarang perkembangan kerja-kerja kesenian China sering mendapat perhatian oleh bangsa asing. Semasa zaman neolitik China memperlihatkan bagaimana telah munculnya tembikar-tembikar yang diperbuat daripada tanah Hat. Sejak daripada itu orang Cina mula membuat beberapa tembikar yang bermutu tinggi dan cantik. Pada zaman Dinasti Ming kemunculan tembikar berwarna biru putih merupakan salah satu ciptaan yang dihasil oleh orang Cina yang popular. Oleh kerana kecantikan dan kehalusan tembikar buatan Cina ini maka orang Barat memanggil barang keluaran Cina seperti tembikar sebagai 'China'.
Seni tembikar ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri kepada Tamadun China. la juga menarik minat banyak penduduk luar dari pengaruh China mengkagumi Tamadun China. Oleh kerana itu kesan pengaruh Tamadun China dapat dijumpai di beberapa kawasan perdagangan Asia Tenggara. Namun demikian, dalam bidang kesenian, Tamadun China bukan sahaja dikagumi dengan keindahan tembikarnya tetapi mutu ketinggian dan keagungan juga dikagumi dalam bidang-bidang lain. Lukisan merupakan salah satu bidang seni yang mendapat perhatian dari kalangan orang asing. Begitu juga dengan kemunculan seni kaligrafi, muzik dan seni bina.
0 comments:
Post a Comment