BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 19, 2010

Pencapaian Kesenian Tamadun China (Kesenian-kesenian Lain)

Dalam tamadun China juga terkenal dengan seni opera mereka tersendiri. Bentuk drama Cina yang terkenal ialah Opera Beijing. Ia mengisahkan tentang lagenda-lagenda Negara China dan sejarah Negara China pada zaman dahulu. Muzik yang dimainkan dengan alat muzik alat tradisional seperti gong, biola, gambus, simbal dan serunai manakala pelakon-pelakon memakai pakaian yang berwarna-warni serta menari sambil menyanyi dengan menggunakan bahasa dialek Cina lama. Setiap gerak geri mereka menunjukkan makna yang tersendiri.

Kung Fu di Negara China diperkenalkan semasa penyebaran agama Buddha di kuil Shaolin. Di sini dikatakan berkembangnya seni kung fu dan menghasilkan pelbagai cabang Kung Fu iaitu wu dang, er mei da hua shan.Kung Fu mampu mencergaskan fizikal seseorang serta menunjukkan cara penggunaan pelbagai jenis senjata seperti kayu, pedang, dan tali. Selain itu, Kung Fu juga dapat menyihatkan badan serta membela diri. Qi Kung menekankan pergerakan dalaman di samping mencergafizikal dan mental.

Terdapat juga beberapa seni Cina yang lain dalam tamadun ini. Contohnya, hasil arca yang teragung merupakan patung dewa-dewi agama Buddha yang diukir daripada batu atau kayu. Ia bertujuan untuk keperluan istiadat, agama, atau pengkebumian. Seni hias yang turut penting termasuk seni tembikar, seni ukir, seni logam, seni lakuer, perabot dan tekstil. Pengaruh seni porselin Cina terhadap seni tembikar Eropah adalah sangat besar.

Secara umumnya, kesenian Cina telah memberi pencapaian tinggi dan memperkayakan tamadun Cina. Kesenian Cina telah menunjukkan sifat harmoni dengan alam semesta.

0 comments: