BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 22, 2011

Update Pertama 2011

Terlebih dahulu Selamat Tahun Baharu 2011 buat semua pengikut blog ini. Sebagai penulis yang kurang aktif, saya dahulukan dengan ucapan maaf kerana setelah sekian lama baru hari ini saya berkesempatan untuk mengemas kini blog ini. Diharapkan pengikut blog ini tidak berkecil hati terutamanya pengunjung ruangan sembang (chat) kerana saya tidak berkesempatan menjawab semua persoalan anda. Walau apapun, semoga blog ini terus menjadi wahana perkongsian ilmu dalam kalangan kita. Saya mulakan tahun baharu ini dengan mengimbau kenangan terindah 2010.



Gambar-gambar ini merupakan kenangan terindah produksi teater IPG Kampus Batu Lintang Kuching dalam pertandingan Drama Piala Ketua Menteri Sarawak yang bertempat di Dewan Suarah Sibu, anjuran IPG Kampus Rajang Bintangor. Semoga kemeriahan pertandingan ini berterusan pada tahun 2011 dengan kredibiliti IPG Kampus Sarawak Miri sebagai penganjur. Diharapkan juga tuah berpihak pada IPG Kampus Batu Lintang untuk mempertahankan kejuaraannya.

0 comments: