BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 19, 2010

Pengenalan Kepada Sosiolinguistik

Sosiolinguistik merupakan bidang bahasa yang mengkaji aspek penggunaan bahasa dalam masyarakat, kesantunan bahasa, laras bahasa, tatatingkat bahasa dan ragam bahasa. Secara ringkasnya dapatlah ditafsirkan bahawa psikolinguistik ialah gabungan dua disiplin ialitu disiplin sosiologi (masyarakat) dan disiplin linguistik (bahasa).

Kamus Dewan (2007) mentakrifkan sosiolinguistik sebagai kajian bahasa dalam hubungannya dengan struktur dan sifat masyarakat. Walau bagaimanapun, beberapa ahli bahasa mempunyai pandangan tertentu mengenai cabang ilmu bahasa ini.

Nik Safiah Karim (1981) menyatakan bahawa bidang sosiolinguistik merupakan daya usaha kelompok ahli antropologi dan sesuai dengan hakikat bahawa sosiolinguistik itu merupakan cabang kepada ilmu antropologi, khususnya natropologi sosial yang mementingkan analisis struktur sosial masyarakat.

Fishman pula menekankan sifat kualitatif dalam kajian sosiolinguistik. Bidang ini lebih berhubungan dengan perincian-perincian penggunaan bahasa yang sebenarnya seperti deskripsi pola-pola pemakaian bahasa atau dialek di dalam budaya tertentu, pilihan pemakaian bahasa atau dialek tertentu yang dilakukan penutur, topik dan latar pembicaraan.

Menurut Hymes (1968) bidang sosiolinguistik ialah satu aktiviti disiplin di mana ahli-ahli sosiologi, antropologi dan falsafah memainkan peranan masing-masing, tetapi peranan yang penting ialah yang disumbangkan oleh ahli-ahli linguistik.

Noriah Mohamed (1998) pula membuat kesimpulan ringkas mengenai cabang sosiolinguistik iaitu bidang ilmu disiplin yang mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan penggunaan bahasa itu dalam masyarakat.

Charles Morris dalam bukunya ‘Sign, Language and Behaviour’ (1946) membicarakan bahasa sebagai sistem lambang dalam tiga kajian berkenaan dengan fokus perhatian yang diberikan. Kajian antara lambang dan penuturnya disebut sebagai sosiolinguistik.

0 comments: