BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 19, 2010

Pencapaian Kesenian Tamadun China (Seni Bina)

Seni pembinaan Cina merupakan satu yang unik. Ini kerana reka bentuknya agak berlainan dari tamadun lain, kecuali di sebelah Asia Timur. Secara umumnya seni bina Cina meliputi beberapa bangunan tersendiri seperti istana-istana, tempat ibadah dan taman-taman maharaja. Selain itu kota-kota lama China seperti Anyang dan Changan juga direka berdasarkan pembinaan tembok-tembok besar bagi menghalang kemaraan musuh.

Kajian mengenai bangunan-bangunan lama dan tempat tinggal orang Cina telah banyak dibuat oleh ahli arkeologi. Antara tempat yang pernah menjadi kawasan penyelidikan ialah Banpo di luar Xian. Di situ didapati kampung dikelilingi oleh parit; rumah berbentuk segi empat atau bulat, berlantai tanah dan berdinding pagar. Atap disokong oleh tiang bulat yang diletak di dalam rumah dan alangditutupi lapisan yang bercampur tanah liat dan jerami. Pintu masuk rumah di sebelah selatan.

Manakala bandar lama seperti Shang terletak berdekatan dengan perja-lanan sungai. Masyarakat bandar pula terdiri dari beberapa kelas. Oleh itu bandar dibahagikan dengan membina dinding-dinding untuk penempatan kelas aristokrat, bangunan upacara, dan pelbagai kumpulan tukang. Mana­kala dinding-dinding bandar diperbuat daripada tanah dan dikelilingi pula oleh parit. Kebanyakan bandar-bandar Cina kemudiannya mengikuti contoh bandar awal Shang. Antara ciri-ciri pentingnya ialah berdinding, dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk kedai dan pedagang, jalan dikakisi dari selatan ke utara dan timur ke barat dan sempadan untuk kawasan keluarga diraja dan aristokrat.

Pada peringkat awal penggunaan bahan-bahan untuk pembinaan bangunan boleh didapati di sekitar kawasan pembinaan. Pada zaman Dinasti Chou, jubin-jubin tanah liat digunakan untuk menutup atap. Manakala semasa zaman Negeri-negeri Berperang munculnya penggunaan batu-bata. Walau bagaimana pun penggunaan batu bata ini telah dijumpai lebih awal namun penggunaannya tidaklah meluas. Manakala rumah diperbuat daripada kayu dengan berdinding dan pembahagian telah diteruskan. Batu bata dan batu digunakan untuk membina kubur, bangunan ibadah dan kadang kala untuk membina jambatan.

Rajah menunjukkan reka bentuk rumah bulat di tapak Banpo.

Sumber: Bai Shouyi, An Outline Story of China Volume II, Foreign Languages Press, Beijing, 1982.

Secara keseluruhannya bangunan-bangunan lama China mempunyai beberapa ciri utama. Antaranya ialah:

1 Kebanyakan bangunan lama atau tradisi dibina daripada material kayudan batu bata.

2 Kebiasaannya bag! bangunan-bangunan penting seperti istana-istana dan kuil-kuil mempunyai ukiran yang tersendiri. Gambar-gambar patung perti naga, harimau, singa dan sebagainya akan menghiasi perkarangan ba­ngunan tersebut atau diukir di dinding-dinding atau atap bangunan tersebut.

3 Mempunyai tembok yang besar, khususnya istana-istana lama yang dibina akan dipagari oleh tembok besar.

4 Pembinaan bangunan bergantung kepada kepercayaan orang China se­perti Yin dan Yang dan Feng Shui.

Warna merah merupakan satu kebiasaan bagi bangunan-bangunan uta­ma. Warna ini melambangkan keberanian dan kesejahteraan kepada pemiliknya

Tamadun Cina mempunyai seni bina yang unik dari segi struktur, bentuk bumbung, warna yang banyak dipengaruhi oleh tradisi masyarakat Cina. Kayu merupakan bahan binaan struktur utama dan juga medium kesenian seperti ukiran, lukisan dan perhiasan tradisional. Struktur bangunan diperbuat daripada batang kepingan kayu yang disambung dengan rekaan cantuman yang khas dan tanpa dipaku. Tiang pula daripada kayu balak besar, batu kapur, menyokong bumbung dan batu manakala jubin digunakan untuk membuat lantai, dinding, membina makam. Jambatan dan tugu peringatan.

Tokong Cina

Seni bina China mempunyai empat ciri-ciri yang menunjukkan identiti. Pertama, dagoba iaitu tugu peringatan yang bumbungnya melengkung (kubah) dan berunsur Buddishism. Kedua, padoga iaitu kuil atau bangunan suci yang berbentuk menara dan terdiri daripada banyak tingkat. Ketiga, pavilion iaitu bangunan kecil yang menyerupai pondok sebagai tempat teduhan, bertakafur atau tempat melakukan aktiviti komunikasi sosial. Keempat, stupa iaitu kubah Buddha yang menegak dan bertujuan untuk mengenangkan seseorang yang berjasa atau sebagai tempat kesucian.

Semasa Dinasti Han, kota dalam segi empat telah diperkenalkan di mana kota dikelilingi dengan dinding tinggi dan menara ditempatkan pada setiap penjuru kota. Pagoda telah diperkenalkan semasa kemasukan agama Buddha ke Negara China. Contoh pagoda termasuklah Pagoda Songyue yang terbina 1400 tahun dahulu dan Pagoda Forest yang bersebelahan dengan kuil Shaolin.

Seni opera

Perwakilan seni bina yang termasyhur ialah Dinding Besar China yang berhampiran sempadan Mongolia dan menganjur dari timur China ke Jiayuguan di barat yang panjangnya 7400 kilometer. Proses untuk menyambungkan dinding-dinding itu telah mengambil beratus-ratus tahun dan mengorbankan beribu-ribu nyawa. Ia dibina dengan batu-batu besar termasuklah granit, ubin dan dibina hanya menggunakan tangan. Dinding Besar China merupakan khazanah Negara China purba dan kini telah menjadi zon pelancongan yang terkenal di Negara China.

0 comments: